UNIT KEWANGAN PELAJAR
Seksyen Akaun Pelajar
1.SEMAK BAKI YURAN
- Para pelajar boleh membuat semakan baki yuran di Portal Pelajar UNIMEL (https://akademia.unimel.edu.my/index.php/login/student).
- Jika pelajar memerlukan penyata yuran bagi tujuan yang rasmi, sila lengkapkan Borang Permohonan Penyata Yuran dan emelkan borang berkenaan ke e-mel hasil@unimel.edu.my.
2. KAEDAH PEMBAYARAN
a) PEMBAYARAN DI KAUNTER HASIL
- Segala jenis urusan pembayaran boleh dilakukan di Kaunter 4 atau 5, Pejabat Bendahari UNIMEL
- Pelajar yang ingin membuat semakan atau bayaran yuran pengajian, hendaklah mempamerkan kad matrik atau kad pengenalan pelajar bagi memudahkan semakan dilakukan oleh pihak Kaunter.
- Bagi pihak penyewa atau pihak lain yang ingin berurusan, perlulah menyerahkan salinan surat pengesahan permohonan bagi tujuan semakan
b) PEMBAYARAN SECARA DALAM TALIAN
Sekiranya bayaran dilakukan menggunakan transaksi selain tunai, sila rujuk maklumat pembayaran bagi keterangan lanjut.