Pengenalan

Pejabat Bendahari ditubuhkan selari dengan penubuhan KUIM pada tahun 1994 dan selaras dengan keperluannya bagi mengendalikan urusan-urusan berkaitan dengan kewangan dan perakaunan. Pejabat Bendahari merupakan pusat tanggungjawab yang bertanggungjawab terhadap pengurusan kewangan serta memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dalam dan luar Universiti.

Objektif

Pejabat Bendahari merupakan salah satu bahagian utama yang bertanggungjawab untuk menguruskan sumber operasi, perkhidmatan, pengurusan akaun dan kewangan pelajar Universiti Islam Melaka untuk mencapai objektif-objektif berikut :

1.Unit Operasi Kewangan

* Memastikan Pejabat Bendahari mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menjalankan operasinya dengan merancang perbelanjaan dan menguruskan penggunaan dana secara cekap di setiap unit.

* Memastikan kelangsungan Pejabat Bendahari dengan mengambil kira nilai masa, wang serta risiko dalam jangka masa pendek dan panjang. 

* Berinteraksi dengan unit lain bagi memahami keperluan peruntukan kewangan untuk pelbagai jenis bayaran. 

2.Unit Perkhidmatan Kewangan

* Mengeluarkan Pesanan Unit/Jabatan untuk permohonan perolehan sama ada melalui Tender/ Sebutharga Rasmi/ Pembelian Terus dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan perolehan dan permohonan yang lengkap.

3.Unit Pengurusan Akaun

 

Menyediakan Bajet Mengurus Tahunan dan mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Agihan peruntukan tahunan akan dimaklumkan kepada setiap Unit/Jabatan sebelum atau pada minggu pertama setiap tahun.

* Mengemukakan Penyata Kewangan yang muktamad bagi tahun berakhir 31 Disember setiap tahun kepada Juruaudit dan membentangkan Penyata Kewangan tersebut di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

4.Unit Kewangan Pelajar

 

* Memberikan perkhidmatan kaunter yang terbaik, cekap serta kebolehmampuan memberi penerangan yang jelas, tepat dan mencukupi kepada pelanggan-pelanggan.

* Memberikan penerangan dan penjelasan mengenai sebarang kemusykilan berkaitan pinjaman/biasiswa.

* Menguruskan permohonan dan bayaran pinjaman/biasiswa pelajar mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak penaja.

Semua cadangan dan aduan rasmi yang diterima akan diambil maklumbalas dan tindakan dalam tempoh 7 hari dari tarikh cadangan dan aduan diterima bagi memastikan Pejabat Bendahari dapat melaksanakan okjektif ini dengan cekap dan berkesan, kami memohon agar semua pelanggan :

  Memahami segala hak pelanggan dalam objektif ini

 Mematuhi segala undang-undang, arahan, peraturan dan garis panduan yang berkaitan

 Menggunakan kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab